- Kisah yang dipaparkan ini adalah kejadian benar yang dialami sendiri oleh seorang
perawat dan diceritakan dan di olah dalam bentuk santai.Mudah-mudahan kisah ini akan
memberi teladan dan pengajaran buat kita semua.
Beberapa tahun dulu,Ustaz UAB dah lupa tahunnya; dah dekat-dekat 10 tahun atau dah
lebih pun tak taulah ; ada kawan UstazUAB seorang Pak Haji mengadu mengenai masaalah
gangguan dirumah adiknya yang terletak di Negeri Perlis.Kami berdua pun bertolak dari rumah
di Pantai Timur ni se awal subuh melalui Kuala Lumpur menuju ke di Utara.Kami sampai di sana
lebih kurang pukul 4 petang.Sebaik sampai,kami sudah sedia disambut oleh beberapa orang
saudara Pak Haji.Mereka semua ni datang dari negeri sebelah semata-mata hendak melihat
kaedah "pulih rumah" dilakukan.
Seperti biasalah,sebelum masuk ke rumah dan melakukan apa-apa,Ustaz UAB akan round keliling
rumah tersebut untuk melihat keadaan sekeliling dan mencari petunjuk-petunjuk bagi membantu
dalam melakukan proses "pulih rumah" kemudian barulah naik ke rumah.
Rumah itu didiami oleh adik perempuan Pak Haji bersama-sama 4 orang anaknya.Suaminya telah
lama meninggal dunia.Turut duduk bersama mereka ialah ibu mereka.Rumah ini terletak disebelah
sawah padi dan berdekatan dengan sungai.Dibelakang rumah ini ada sepohon Pokok Beringin
( Pokok Bunut ) yang agak besar juga tumbuh diatas sebuah busut.
Mengikut cerita adik,abang,bapa saudara dan kakak Pak Haji ni..pokok Beringin yang dibelakang
rumah itu tidak berani ditebang oleh orang kampung walaupun sudah beberapa kali minta
ditebangkan, semua mereka kata tak berani....Al kisah,pokok beringin ni apabila waktu tengah
malam..akan ada suara menjerit melolong dari atas pokok ini.Jelas kedengaran sampai ke
rumah mereka.Pokok itu hanyalah terletak lebih kurang hanya 50 kaki sahaja dari rumah.
Suasana begini berterusan begitu lama sehingga menimbulkan rasa takut kepada mereka
sekeluarga.Suasana didalam rumah pula menambahkan ketakutan yang sedia ada.
Ibu Pak Haji ini kalau dia pergi ke bilik air; dia akan rasa seperti dikejar sesuatu ( dalam loghat
Utara dia sebut kena ligan ) sehinggalah keluar dari bilik air.Tapi anehnya..hanya pada ibunya
tetapi tidak berlaku pada adik perempuan dan anak-anaknya.Pelbagai usaha dan ikhtiar juga
telah dilakukan bagi memulihkan keadaaan supaya jadi seperti sediakala termasuk usaha bapa
saudara Pak Haji ini yang juga seorang Bomoh.Bomoh ini juga turut ada bersama ketika ini.
Usai solat Isyak,Ustaz UAB memberi penerangan ringkas perkara-perkara yang mesti dipatuhi
oleh mereka yang hadir ,yang ada di rumah tersebut semasa proses pulih rumah itu dijalankan.
Ustaz juga berpesan agar Pak Haji ini jangan lari walaupun apa yang terjadi.Cuma ikut saja
dibelakang sebagai penyuluh jalan ke kawasan keliling Pokok Beingin itu.Bukannya apa..nanti
kalau dia lari, Ustaz dok dalam gelap sorang-sorang, takda torchlight ; bukannya takut kat
hantu tu..sebab kawasan pokok Beringin tu terletak di kawasan yang ditakungi air.Nanti kalau
Ustaz jatuh dalam air, alamatnya nanti balik pakai kain pelikat aje lah.
Ustaz UAB mohon tuan rumah kumpulkan segala barang-barang kepunyaan arwah suami
( termasuk barang-barang kesayangan ) untuk dimatikan/dipulihkan dan dibuang ke sungai.
Ini adalah bertujuan jikalau si mati itu ada mengamal sesuatu ilmu yang bertentangan dengan
syarak ( ilmu salah / ilmu khurafat ) , maka jin-jin atau hantu-hantu ilmu itu akan tinggal/duduk
pada barangan peribadi milik si mati ( jin-jin itu akan taat menjaga barangan milik si mati semasa
pemiliknya masih ada atau sudah meninggal ).Selepas berpuas hati melihat segala barangan milik
si mati itu sudah habis dikutip dan dibuang ke sungai berhampiran,kami pun masuk tidur.
Pagi keesokannya, selepas sarapan,Ustaz tinggalkan air doa zikrullah untuk tuan rumah bagi
keperluan perubatan.Setelah ibu Pak Haji ni menyatakan sudah tidak ada masaalah apabila
masuk ke bilik air,kami pun bersiap-siap untuk pulang melalui laluan lain pula iaitu melalui Grik-Jeli.
Apabila kami sampai Jeli, sudah agak tengahari,Pak Haji ni menelefon pada adiknya bertanya
khabar perkembangan di rumah itu.Ibunya memberitahu bahawa dia masih kena ligan apabila
memasuki bilik air tengahari tadi. Opph ! Hantu JAGA bilik ayaq tu masih ada...masih dok ligan
Tok Wan ni....Tok Wan dah tua macam ni pun..hantu tu dok masih nak ngorat lagi !!
( slot tambahan jer....:senyum: )
Ustaz UAB pun dok ingat-ingat..rasanya semua barang-barang arwah dah clear semua dah..
kecuali Tuan rumah tak habaq..Oppph ! Teringat Ustaz UAB pasai berus gigi.Mungkin berus
gigi arwah masih ada dalam bilik ayaq tu.Lalu minta Pak Haji tanya adiknya ada tak lagi berus
gigi arwah suaminya yang masih ada kat bilik ayaq tu... Ada ! masih ada ! tu lah jawapan
adiknya.Ustaz pun maklumlah kat dia supaya ambil berus gigi tu kemudian direndam dalam
air yang telah tinggalkan kepadanya dan kemudian dibuang berus gigi itu ke sungai.
Keesokan harinya, Pak Haji pun maklumkan bahawa rumah itu dah jadi macam biasa,tak dak
gangguan dari hantu berus gigi dan penyanyi dari pohon Beringin tu pun tak nyanyi lagi.begitulah
maklumnya setelah beberapa minggu sehinggalah sekarang ni.Allah lah Maha Berkuasa atas
segala sesuatu, padaNyalah tempat mengadu dan tempat memohon perlindungan.
Makhluk jin dari ilmu khurafat atau ilmu salah itu akan taat kepada tuannya walaupun tuannya
itu telah mati dan akan menjaga segala harta milik tuannya termasuklah anak isteri , harta benda
walaupun sebatang berus gigi.Wallahua'lam.
Credit:Sumber